DEFINISI BUDAYA
•Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah
laku
yang dipelajari oleh sekumpulan manusia
daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).
•Budaya adalah
keseluruhan yang kompleks yang
mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat
dan sebarang
bentuk
keupayaan yang diperolehi oleh seseorang
sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).
•Budaya adalah
proses sosial di mana budaya dan
struktur sosial adalah
saling berkaitan (Bourdieu 1990).
DEFINISI PELBAGAI BUDAYA
Satu
sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan
kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau
masyarakat, mengakui dan
menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima
sumbangan
berterusan mereka dalam konteks dan
budaya yang inklusif dalam organisasi atau
masyarakat
berkenaan.
TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA
Teori
Melting Pot 1: Anglo Conformity
•Masyarakat
yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik,
bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.•Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
•Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
•Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi
Melting Pot II: Ethnic Synthesis
•Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
•Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.
Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
•Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
•Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
•Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).
•Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.
•Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.
•Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).
•Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.
•Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.
•Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).
•Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.
•Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.
•Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.
DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
•Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.
•The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.
•An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial
•Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.
•An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.
PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN
•Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.
•Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.
•Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif
•Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.
PENDEKATAN
PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI
BUDAYA
•Guru menolong pelajar untuk
meningkatkan
pencapaian akademik dalam semua bidang
termasuklah kemahiran asas
dengan menggunakan
bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan
latar
belakang pelajar.
•Guru memberi perhatian kepada suara
hati pelajar.
•Komunikasi secara verbal dan bukan verbal
antara
guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk
meningkatkan penyertaan
pelajar semasa proses
pembelajaran.
•Pelajar perlu merasa selesa dan
diterima apabila
mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam
bilik darjah
•Pengajaran pendidikan pelbagai
budaya harus
fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah
pembelajaran sesuai
untuk seluruh pelajar.
•Pengajaran pendidikan pelbagai
budaya adalah
berpusatkan pelajar, tidak sesuai
apabila menggunakan kaedah
kuliah.
•Pendidikan pelbagai budaya berasas
kepada prinsip:
penghargaan, empati dan kesamarataan
•Cara belajar pelajar dan cara guru
mengajar
hendaklah difahami bagi membina dan
mengembangkan kaedah pengajaran
yang lebih
berkesan.
•Pendidikan pelbagai budaya
hendaklah dimasukkan
ke dalam kurikulum secara formal.
•Pendidikan pelbagai budaya mesti
memberi kesan
kepada kurikulum di setiap peringkat.
•Pendidikan pelbagai budaya
hendaklah mengajar
pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi
kebebasan untuk bertanya.
•Memerlukan pemahaman terhadap
budaya kaum
lain.
•Pendidikan pelbagai budaya mesti
menggunakan
masyarakat sebagai sumber.
DASAR
PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA
Masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum hendaklah disatukan di bawah satu
bumbung
pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.
Laporan Barnes (1951)
•"matlamat
pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai
kaum"
Laporan Fenn-Wu (1951)
•"dasar pendidikan
Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ...
menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan
latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“
Ordinan Pendidikan 1952
•"matlamat
pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang
bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk
kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu
bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular
Cina dan Tamil".
Akta Pendidikan 1961
•" ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa
kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang
kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan
budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara
ini."
KEPENTINGAN
MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA
BAGI GURU
•Guru
bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap
kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada
murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat
Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam
diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang
tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.
•Dalam konteks profesional keguruan,
dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk
berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis
terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta
amalan budaya setempat.
•Menurut Najeemah (2003) sebab utama
guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya iaitu:
•Guru-guru tidak tahu/memahami
maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.
•Guru tidak tahu cara untuk
menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan
•Guru-guru tidak bermotivasi bagi
mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.
•Guru-guru tidak menyedari mereka
mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai
budaya
PENGURUSAN
PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH
Ciri-ciri Guru Berkesan Dalam
Pendidikan Pelbagai
Budaya
Banks
(1989)
•Sensitif terhadap tingkah laku para
pelajar dari
pelbagai latar belakang.
•Sensitif terhadap kemungkinan
wujudkan kontroversi
tentang topik yang diajar.
•Menggunakan teknik pembelajaran secara
berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi
etnik dalam pembelajaran.
Najeemah
(2007)
•Guru mesti tidak berat sebelah dan
perlu berfikiran
terbuka.
•Guru perlu jujur dan menghargai
alternatif budaya
seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.
•Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian
budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan
pengetahuan yang ada
guru dapat memahami
pelajar daripada budaya yang berlainan.
PENGURUSAN
PROGRAM PELBAGAI BUDAYA PERINGKAT
SEKOLAH
SEKOLAH