Sunday, 9 December 2018

Bab 11 - Pengurusan Pelbagai Budaya


DEFINISI BUDAYA

Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah
laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia
daripada persekitaran sosialnya (Amir 2002).

Budaya adalah keseluruhan yang kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang
bentuk keupayaan yang diperolehi oleh seseorang
sebagai ahli masyarakat (Tylor 1871).

Budaya adalah proses sosial di mana budaya dan
struktur sosial adalah saling berkaitan (Bourdieu 1990).


DEFINISI PELBAGAI BUDAYA

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan
kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau
masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan
sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima
sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan
budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat
berkenaan. 


TEORI SOSIAL PELBAGAI BUDAYA



Teori Melting Pot 1: Anglo Conformity
Masyarakat yang terdiri daripada individu yang pelbagai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya harus disatukan dalam satu wadah yang paling dominan.
Teori ini melihat individu dalam masyarakat secara hierarki, iaitu kumpulan majoriti dan minoriti.
Sebagai contoh, apabila kumpulan majoriti adalah penganut agama A, maka kumpulan minoriti hendaklah mengikut agama golongan majoriti.
Teori ini jelas tidak berpegang kepada prinsip demokrasi 

Melting Pot II: Ethnic Synthesis
 Setiap individu dalam suatu masyarakat yang pelbagai latar belakang, disatukan dalam satu wadah, dan seterusnya membentuk wadah baru, dengan memasukkan sebahagian unsur budaya yang dimiliki oleh setiap individu dalam masyarakat tersebut.
Identiti agama, etnik, bahasa, dan budaya asli anggota masyarakat yang pelbagai ini akan membentuk satu identiti yang baru, lama-kelamaan akan hilanglah identiti yang asal.
Teori ini tidak sepenuhnya demokratik, kerana hanya mengambil sebahagian unsur budaya asli individu dalam masyarakat, dan membuang sebahagian unsur budaya yang lain.

Cultural Pluralism (Mosaic Analogy)
Masyarakat yang terdiri daripada individu dari pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang agama, etnik, bahasa, dan budaya tersendiri, memiliki hak untuk mengekspresikan identiti budaya mereka secara demokratik.
Teori ini sama sekali tidak meminggirkan identiti budaya tertentu, termasuk identiti budaya kelompok minoriti.

PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kepelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989).

Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbeza seperti agama, etnik, bahasa, dan budaya.

Hal ini menunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya.

Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras (Saha, 1997).

Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal.

Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap.

Pendidikan pelbagai budaya dapat dilihat dari tiga aspek: konsep, gerakan, dan proses (Banks 1989).

Dari aspek konsep, pendidikan pelbagai budaya merupakan idea yang melihat semua pelajar mempunyai hak yang sama untuk belajar di dalam kelas tanpa membezakan mereka dari segi jantina, kelas sosial, etnik atau kriteria lain.

Dari aspek gerakan, pendidikan pelbagai budaya didefinisikan sebagai usaha untuk mengubah institusi-institusi pendidikan sehingga pelajar daripada semua kaum, kelas sosial, jantina dan lain-lain memiliki peluang yang sama untuk belajar.

Dari aspek proses, pendidikan pelbagai budaya dapat difahami sebagai proses untuk mencapai tujuan agar kesamaan pendidikan dapat dicapai oleh semua pelajar.

DIMENSI PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA

Content integration = mengintegrasikan berbagai budaya dan kelompok untuk mengilustrasikan konsep asas, generalisasi dan teori dalam mata pelajaran disiplin ilmu.

The knowledge construction process = membawa pelajar untuk memahami implikasi budaya ke dalam sebuah mata pelajaran.

An equity pedagogy = menyesuaikan kaedah pengajaran dengan cara belajar para pelajar dalam rangka membimbing prestasi akademik pelajar yang pelbagai baik dari segi ras, budaya ataupun sosial

Prejudice reduction = mengenal pasti kriteria dan ciri-ciri budaya pelajar dan menentukan kaedah pengajaran yang sesuai untuk mereka. Ini adalah bagi mengurangkan perasaan prejudis terhadap budaya kaum lain.

An empowering school Culture and Social Structure = melatih kelompok untuk menyertai dalam kegiatan olahraga, berinteraksi dengan seluruh staf dan pelajar yang berbeza etnik dan ras dalam membentuk dan memperkasakan budaya sekolah dan struktur masyarakat.

PRINSIP PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA BERKESAN 

Pendidikan pelbagai budaya adalah pendidikan asas untuk menyediakan semua pelajar bagi memberi sumbangan secara maksimum dalam kehidupan dunia masa sekarang.

Pendidikan pelbagai budaya harus termasuk dalam setiap kurikulum.

Pendidikan pelbagai budaya meliputi tujuan-tujuan pembelajaran afektif dan kognitif

Populasi pelajar dengan latar belakang yang pelbagai akan mengarah kepada pembelajaran yang terbaik bagi setiap individu pelajar.

PENDEKATAN PELAKSANAAN PENDIDIKAN PELBAGAI
BUDAYA

Guru menolong pelajar untuk meningkatkan
pencapaian akademik dalam semua bidang
termasuklah kemahiran asas dengan menggunakan
bahan pengajaran yang sensitif dan sesuai dengan
latar belakang pelajar.

Guru memberi perhatian kepada suara hati pelajar.

Komunikasi secara verbal dan bukan verbal antara
guru dan pelajar hendaklah dianalisis untuk
meningkatkan penyertaan pelajar semasa proses
pembelajaran.

Pelajar perlu merasa selesa dan diterima apabila
mereka membawa identiti budaya mereka ke dalam
bilik darjah

Pengajaran pendidikan pelbagai budaya harus
fleksibel kerana tidak ada satu pun kaedah
pembelajaran sesuai untuk seluruh pelajar.

Pengajaran pendidikan pelbagai budaya adalah
berpusatkan pelajar, tidak sesuai
apabila menggunakan kaedah kuliah.

Pendidikan pelbagai budaya berasas kepada prinsip:
penghargaan, empati dan kesamarataan

Cara belajar pelajar dan cara guru mengajar
hendaklah difahami bagi membina dan
mengembangkan kaedah pengajaran yang lebih
berkesan.

Pendidikan pelbagai budaya hendaklah dimasukkan
ke dalam kurikulum secara formal.

Pendidikan pelbagai budaya mesti memberi kesan
kepada kurikulum di setiap peringkat.

Pendidikan pelbagai budaya hendaklah mengajar
pelajar untuk berfikir secara kreatif dengan memberi
kebebasan untuk bertanya.

Memerlukan pemahaman terhadap budaya kaum
lain.

Pendidikan pelbagai budaya mesti menggunakan
masyarakat sebagai sumber.

DASAR PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA DI MALAYSIA

Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum hendaklah disatukan di bawah satu bumbung
pendidikan yang berteraskan pelbagai budaya.


Laporan Barnes (1951)
"matlamat pendidikan dasar hendaklah membentuk satu rupa bangsa yang berasaskan pelbagai kaum"

Laporan Fenn-Wu (1951)
"dasar pendidikan Malaya hendaklah ditujukan kepada matlamat membina warganegara Malaya ... menyediakan kanak-kanak untuk menempuh segala bidang kehidupan berdasarkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaya.“

Ordinan Pendidikan 1952 
"matlamat pendidikan akan tercapai melalui pembentukan sekolah berbagai-bagai kaum yang bercorak kebangsaan ... dengan berorientasikan kehidupan di Malaya untuk kanak-kanak semua kaum ... dengan bahasa pengantar adalah bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris ... di samping bahasa ibunda di sekolah vernakular Cina dan Tamil".

Akta Pendidikan 1961
" ... sistem pendidikan itu menepati prinsip bahawa kanak-kanak dididik sejajar dengan kehendak ibu bapa mereka yang berbilang kaum, agama dan budaya ... atas dasar demokrasi pendidikan dan pengekalan budaya etnik masing-masing kaum yang ada dalam masyarakat majmuk di negara ini."

KEPENTINGAN MEMAHAMI KEPELBAGAIAN BUDAYA
BAGI GURU
Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya. Dengan adanya pemahaman terhadap kepelbagaian budaya, guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai menghormati dan menerima budaya orang lain akan wujud dalam diri murid. Seterusnya mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam masyarakat pelbagai budaya.

Dalam konteks profesional keguruan, dengan memahami kepelbagaian budaya, seseorang guru akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan murid daripada pelbagai budaya. Tidak ada prasangka atau prejudis terhadap diri murid. Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat

Menurut Najeemah (2003) sebab utama guru-guru tidak mengamalkan pendidikan pelbagai budaya iaitu:

Guru-guru tidak tahu/memahami maksud sebenar pendidikan pelbagai budaya.

Guru tidak tahu cara untuk menggunakan pendidikan pelbagai budaya secara berkesan

Guru-guru tidak bermotivasi bagi mempelajari cara yang berkesan bagi pendidikan pelbagai budaya.

Guru-guru tidak menyedari mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dalam melaksanakan pendidikan pelbagai budaya


PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA DALAM BILIK DARJAH

Ciri-ciri Guru Berkesan Dalam Pendidikan Pelbagai
Budaya

Banks (1989)
Sensitif terhadap tingkah laku para pelajar dari
pelbagai latar belakang.

Sensitif terhadap kemungkinan wujudkan kontroversi
tentang topik yang diajar.

Menggunakan teknik pembelajaran secara
berkumpulan (koperatif) untuk meningkatkan integrasi
etnik dalam pembelajaran.


Najeemah (2007)
Guru mesti tidak berat sebelah dan perlu berfikiran
terbuka.

Guru perlu jujur dan menghargai alternatif budaya
seperti bahasa, kepercayaan, nilai dan tingkah laku.

Guru mestilah menganggap bahawa kepelbagaian
budaya memberi manfaat kepada mereka. Dengan
pengetahuan yang ada guru dapat memahami
pelajar daripada budaya yang berlainan.




PENGURUSAN PROGRAM PELBAGAI BUDAYA PERINGKAT

SEKOLAH








No comments:

Post a Comment