Saturday, 8 December 2018

Bab 9 - Pengurusan Disiplin


PENGENALAN
Pengurusan disiplin pelajar adalah satu aspek yang penting bagi mewujudkan suasana yang kondusif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan yang baik dapat mengurangkan kes-kes salahlaku disiplin pelajar.

DEFINISI DISIPLIN
Mempunyai, menghargai dan menghayati perlakuan yang  diharapkan oleh masyarakat.
Pengkodan yang tersurat dan tersirat untuk tujuan mewujudkan konsistensi tingkah laku.
Akidah atau kepercayaan berpandukan ilmu peradaban tabii dan duniawi.
Tindakan atau peraturan.  

Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:
(Tanggungjawab guru besar atas disiplin)
  “Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah
dan bagi maksud itu hendaklah
  mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”
Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959:

(Kuasa-Kuasa guru besar)
  Bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid,guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.


PERATURAN 10: RAYUAN

(1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang digantung persekolahannya atau dibuang sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu

(2)
Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan 9 boleh, dalam tempoh SATU BULAN dari tarikh murid itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan kepadanya mengikut mana yang lebih lama, merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan.

PERATURAN 11Catatan dibuang sekolah dalam sijil berhenti sekolah

Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang dibuang sekolah dibawah peruntukan-peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat oleh guru besar dengan catatan yang menyatakan murid itu telah dibuang sekolah dibawah peruntukanperuntukan peraturan-peraturan ini.

PERATURAN 12
Syarat Masuk Balik Sekolah

Seseorang murid yang telah dibuang sekolah dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan 9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya).

(a)
masuk atau dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah itu; atau

(b)
diterima masuk sebagai seorang murid di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1968:
tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar  

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975:

semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah"

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001:
“….masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.”
“….semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid…”



SURAT PEK.IKHTISAS BIL: 7/2003 Kuasa Guru Merotan Murid
Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang.
Tindakan sedemikian akan menjatuhkan maruah dan kesan negatif terhadap keperibadian seorang murid.


Surat KPM KP(BS/HEP)8543/053(9) 2.8.2001
Pengurusan Pelajar Secara Kolektif
Kementerian Pendidikan memandang serius akan gejala sosial di kalangan pelajar.Oleh itu pengurusan pelajar secara bersepadu/kolektif hendaklah dilaksanakan di semua sekolah khususnya yang melibatkan disiplin pelajar. Bagi menjayakan program dan aktiviti di sekolah semua pihak yang terlibat hendaklah bersama-sama bertindak dengan halatuju yang sama.
Iaitu, Pengetua, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong Kanan HEM, Penyelia Petang,Guru-Guru Kaunseling,Guru Disiplin,Guru Tingkatan/kelas dan guru agama bersama-sama menjana tenaga untuk menangani masalah disiplin yang timbul di sekolah.
Ini bermakna,seseorang guru tidak bertindak bersendirian tetapi secara kolektif yang mewujudkan budaya berpasukan.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1983
Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid yang Melakukan Perbuatan Salah laku yang Tidak Dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
Contoh
Mengetuk : menyekel : menampar : mencubit hingga lebam : memulas telinga : mengenjut beberapa kali sambil memegang telinga : mencela : mendera seperti berlari keliling padang & menjemur
HUKUMAN TERSEBUT DILARANG SEBAB
Berbentuk penyeksaan
Berbentuk cacian
Liar dan Melampau

PENGENALAN
Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan system SSDM sedia ada.
Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan.
Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti.

TUJUAN

Membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada.
Membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi.
Memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling
Menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.
Sebagai pangkalan data disiplin murid dengan penyediaan pelbagai bentuk laporan.

PROSES KERJA
Perekodan kes salah laku
Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

Perekodan amalan baik
Guru melaporkan kes salah laku ke dalam sistem.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM menjalankan siasatan, dan  jika sah, akan mencadangkan hukuman.
Pengetua boleh sama ada menukar hukuman dan mengesahkan hukuman.
Ketua Guru Disiplin / GPK HEM mengambil tindakan terhadap hukuman yang disahkan oleh Pengetua.
Pembantu Pejabat menguruskan fail dan pengeposan surat.
Guru Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan sesi bimbingan dan kaunseling terhadap murid-murid tersebut

Operasi sistem
WEB (ONLINE)
Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas
ANDROID 
Selaras dengan perkembangan dunia Teknologi Maklumat dan Komunikasi, sistem ini dirancang capaiannya hingga kepada penggunaan Android dan Smart Phone

PERANAN DAN TUGAS




KOD KATEGORI KES



SENARAI KESALAHAN/KES KHAS (sistem SSDM)











SENARAI HUKUMAN


SENARAI AMALAN BAIK