Friday, 7 December 2018

Bab 1 - Sosiologi




Pengertian Soisologi

Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798 – 1857) dalam bukunya
Positive Philosophy (1842).
Istilah ini berasal daripada perkataan latin “sosio” bermaksud “berkongsi”.
Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud
“pengetahuan mengenai masyarakat”.
Kajian saintifik mengenai interaksi sosial dan organisasi (Vander Zanden 1996).
Kajian saintifik mengenai masyarakat dari pelbagai perspektif seperti fungsi masyarakat,
bentuk organisasi, dll (Jary & Jary 1995).
Kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kumpulan-kumpulan dan masyarakat
(Giddens 1993).
Bidang sosiologi memfokuskan kepada fenomena sosial hubungan dan interaksi manusia
(Waters 1994). 

Sistematik dan saintifik = kelogikannya, bukti, akal, kajian, pemerhatian, guna generalisasi,
merekod, ada kebenaran, bersistematik, analisis, bersifat objektif (tiada dipengaruhi
kepercayaan atau nilai) dan soal selidik.
Masyarakat = kumpulan manusia yang saling berhubung yang membentuk jalinan yang 
melahirkan pelbagai fenomena sosial
Sudut = meliputi kepelbagaian budaya, stratifikasi, populasi, politik dan sebagainya.

Tujuan utama sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia,
mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat
syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.

Tokoh-tokoh Sosiologi







Perspektif Sosiologi

Disiplin sosiologi mempunyai perspektifnya yang tersendiri tentang masyarakat dan tingkah
laku sosial.
Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat, memahami corak
interaksi dan proses kelompok.




Teori Fungsionalisme
Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857).
Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang  mempunyai fungsi tersendiri.
Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat.
Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat.
Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan (komuniti sekolah adalah penerima pasif
apa yang ditentukan pihak luar).
Misalnya seperti aspek kurikulum, pedagogi, disiplin murid, peperiksaan, dsb.
Perkembangan individu tidak diutamakan.
Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan manusia, yang mempunyai beberapa
bahagian dengan fungsi-fungsi tersendiri.
Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada
kestabilan dan penerusan/survival masyarakat.
Atau dikenali sebagai teori konsensus
Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat.

Konflik

Aliran Karl Marx
Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber (1864 – 1920)
Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan.
Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza, kelas sosial yang sama, dalam keluarga
atau kumpulan yang mahukan perubahan.
Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial
Faktor-faktor ekonomi seperti tanah, modal, industri, dan perdagangan.  merupakan asas
kepada pembentukan masyarakat
Faktor selain ekonomi seperti agama, institusi politik, keluarga, dan pendidikan dikenali
sebagai superstruktur yang dibentuk dan dipengaruhi oleh faktor asas iaitu ekonomi.

Aliran Weber
Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi
mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan) atau Proses 
Legitimisasi (pengesahan).
Setelah melalui proses legitimisasi barulah wibawa dicapai oleh sesuatu kumpulan
status/kelas sosial.


Teori Konflik melihat pendidikan sebagai alat yang digunakan oleh pihak dominan untuk
mengekalkan kuasanya.
Mengaitkan fenomena di sekolah dengan apa yang berlaku di luar sekolah seperti latar
belakang keluarga, kelas sosial, dsb.
Perkembangan individu tidak diutamakan.

Interaksionisme

Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931).
Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya
dengan orang lain.
Makna simbolik diperoleh dari bentuk simbol seperti perkataan, perlakuan, objek, bahasa
berguna semasa interaksi menyebabkan  hubungan bertambah mesra.
Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu (mikro).
Melihat interaksi murid, guru, dan pihak pentadbiran di sekolah.
Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru, bentuk hubungan
antara guru dan murid yang dikehendaki, dan jenis-jenis salah laku yang kerap dilakukan.
Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang
berlaku dalam masyarakat

7 Prinsip Asas Interaksionisme

1.Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
2.Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
3.Dalam interaksi sosial, manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan
mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka.4.Simbol dan makna
membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
5.Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan interpretasi mereka
terhadap sesuatu situasi
6.Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan, membuat penilaian baik-buruk, dan
menentukan tindakan yang sesuai.
7.Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat.

Pendidikan

Syed Muhammad Qutb- pendidikan ialah suatu proses membentuk manusia secara
menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah untuk memperkembangkan
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke arah kesempurnaan.
John Dewey pendidikan ialah suatu proses perkembangan individu Pendidikan
merupakan usaha mengatur ilmu pengetahuan untuk menambahkan lagi pengetahuan 
semula jadi yang ada padanya, supaya dapat hidup dengan lebih berguna dan lebih
selamat lagi.

Pengertian Pendidikan

Pendidikan = proses pemindahan secara formal dan tidak formal pengetahuan, kemahiran,
dan nilai yangberlaku antara satu generasi ke satu generasi yang lain atau dalam generasi
yang sama (Amir Hasan 2006)
Pendidikan dapat dilihat sebagai satu ‘proses’ dan sebagai suatuproduk’ (hasil).
Pendidikan sebagai suatu proses, bererti bagaimana seseorang itu diasuh dan diajar dan
pendidikan sebagai suatu produk adalah kesan berlaku pembelajaran, iaitu pertambahan
pengetahuan dan kemahiran serta perubahan cara berfikir seseorang.
Kajian tentang proses dan hasil pendidikan adalah melibatkan berbagai-bagai disiplin ilmu.
Setiap disiplin ilmu memberi tafsiran pendidikan mengikut perspektifnya.
Berikut ialah contoh tafsiran pendidikan dari perspektif  sosiologi, ekonomi, sains politik
dan psikologi.

Sosiologi Pendidikan

Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan
masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran,
kurikulum, dan kaedah pdp.   






No comments:

Post a Comment