Saturday, 15 December 2018

Bab 12 - Pengurusan Pelbagai Upaya


PENGENALAN
- Membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas.
- Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas.

PEMULIHAN
- Program pemulihan merupakansatu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam  penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
- Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”.

KONSEP PEMULIHAN
Mengutamakan prinsipmenyelesaikan masalah seawal mungkinsupaya tidak kronik.
Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya
Melalui program pemulihan khusus, keperluankeperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi

CIRI-CIRI KANAK PEMULIHAN
Rendah diri
Pasif
Mengganggu rakan
Kerap tidak hadir sekolah
Lemah pemahaman
Malas
Cepat bosan

PERANAN GURU
Menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid.
Membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. 

PENGAYAAN
-Memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu.
-Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar.

KONSEP PENGAYAAN
Melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas.
Dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas.
Bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.

OBJEKTIF PENGAYAAN
Membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka

JENIS PENGAYAAN
- Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan.
- Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.




No comments:

Post a Comment