Saturday, 8 December 2018

Bab 3 - Kajian Pengurusan dan Pembelajaran



Definisi Pengurusan
Proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan
(Stoner,1984).
Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai
matlamat (Robbins,1984).

Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu
masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan, 2004).
'•Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat
alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988).

Kepentingan Pengurusan
1.Menambah pengetahuan
2.Meningkatkan mutu amalan kerja guru
3.Menambahkan produktiviti
4.Mendapatkan keredaan Allah

Perspektif Pengurusan

1.Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi
sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif, dan meningkatkan motivasi
kendiri murid (Burden 2003).
2.Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah.
Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng 2014).

Domain:
1.Memilih satu model falsafah pengurusan disiplin dan bilik darjah
2.Mengorganisasi persekitaran fizikal
3.Menguruskan tingkah laku pelajar
4.Mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyokong dan saling menghormati
5.Mengurus dan melancarkan proses pengajaran
6.Menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
7.Berinteraksi dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak lain untuk mencapai
objektif pengurusan pembelajaran

Pengurusan Bilik Darjah

Strategi Pengurusan Bilik Darjah


1.Berpusatkan Pelajar

a.Pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan
bagaimana ia dapat mempelajarinya.

b.Murid digalakkan untuk melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama
ada secara individu, kumpulan kecil, atau kelas.

c.Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak 
dijalankan secara keseluruhan kelas.

2.Berpusatkan Bahan

a.Guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan,
peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, dan lain-lain untuk menjalankan
pengajarannya.

b.Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian
perancangan

c.Guru berperanan sebagai pembimbing

3.Berpusatkan  Guru

a.Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran.

b.Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar.

c.Cth: kuliah, penghafalan, menyalin nota, membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi
oleh guru

Prinsip Pengajaran


Pengurusan Pelbagai Budaya

Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya kepada murid
- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi & strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber
Program Silang Budaya 

Pengurusan Pelbagai Upaya

Pemulihan
Pengayaan
Berkeperluan Khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
Program Pendidikan Inklusif
Program Pendidikan Orang Asli dan Peribumi

Pentaksiran Berasaskan Sekolah




Pengurusan Sekolah

1.Sekolah merupakan organisasi yang unik dan tidak terdapat pada mana-mana organisasi
di dunia (Sharpe 1989).

2.Keunikan ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan berkemahiran yang tidak 
oleh pengurus organisasi lain.

3. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:
a.Sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia. Klien dan bahan mentahnya
manusia, sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia.
b.Kumpulan sasaran manusia - kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam
period perkembangan mental, fizikal, emosi dan sosial.
c.Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan
pembelajaran, perkembangan dan pembangunan diri manusia.
d.Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.

4.Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang
dinamis- pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan
pembangunan potensi manusia (Abd Rahim Abd Rashid 2001)

5.Namun, sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah, konservatif dan
mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa (Senge
2000).

6.Lantaran itu, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting
bagi wujudkan sekolah yang berkesan.

Akta Pendidikan 1996
Landasan dan wawasan
Sistem pendidikan kebangsaan di semua peringkat
Kedudukan bahasa kebangsaan
Kurikulum kebangsaan
Peperiksaan awam
Bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib
Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
Bahasa Kaum Asli
Kategori Sekolah
Menubuh dan menyelenggara tadika
Kurikulum untuk tadika
Tempoh pendidikan rendah




Operasi Pengurusan & Pentadbiran Sekolah
Pengetua/ Guru Besar
PK Pentadbiran & Kurikulum/ PK1
PK HEM
PK Kokurikulum
PK Petang
PK Tingkatan Enam
Kaunselor
Organisasi Pengurusan
Organisasi Kurikulum
Organisasi HEM
Organisasi Kokurikulum
Ketua Bidang Bahasa, Teknikal & Vokasional, Sains & Matematik, Kemanusiaan
Ketua Panitia
YDP Alumni Sekolah
YDP PIBG
Pengurusan Sumber
Pengurusan Bilik-bilik Sumber
Pusat Sumber dan Perpustakaan
Bilik instruksional
Bilik Tayang
Bilik BOSS
Pembelian bahan-bahan 

Pengurusan Bilik Pembelajaran
Bilik pembelajaran: bilik darjah, makmal sains, makmal KH, studio lukisan, makmal ICT 

Pengurusan Tingkah Laku/Disiplin
Pengetua, PK HEM, Kaunselor, Guru Kanan Disiplin, guru-guru disiplin
Jenis-jenis salah laku: jenayah, penyalahgunaan dadah/inhalan/racun, buli, rokok, ponteng,
lucah, kurang sopan/biadab, vandalisme, tidak amanah, kenakalan, tidak pentingkan masa,
kekemasan diri, penglibatan politik
Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Pengetua, Guru Besar, Guru Disiplin Dan Guru
Sekolah, surat pekeliling ikhtisas, panduan disiplin peringkat sekolah
Kategori kesalahan: berat, sederhana, ringan
Hukuman: pembuangan, penggantungan, corporal punishment, detention, denda, amaran
Program peningkatan disiplin - sekolah
Program pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid – sekolah & PPD
Sistem salah laku disiplin murid – rekod maklumat salah laku disiplin

Pengurusan Bimbingan/Penasihatan
Falsafah Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling
Rasional dan objektif
Carta organisasi dan jawatan kuasa: akademik, kerjaya, sahsiah, ppda
Pendekatan: Pencegahan, Perkembangan, Pemulihan, Krisis
Kod Etika
Fokus perkhidmatan: pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya,
psikososial & kesejahteraan mental

Pengurusan Kokurikulum
Dasar pelaksanaan
Carta Organisasi Kokurikulum Sekolah
Jenis Gerak Kerja Kokurikulum: Badan beruniform, Kelab & persatuan, Sukan &
Permainan
Peruntukan masa
Penilaian Kokurikulum
Lain-lain: uniform, peralatan, laporan, penghargaan

Pengurusan Sekolah dan Persekitaran
Hubungan Guru-Ibu Bapa
Hubungan Sekolah-Ibu Bapa  
- ibu bapa sebagai sukarelawan di sekolah
- penglibatan ibu bapa dalam aktiviti utama: hari pendaftaran, hari 
pelaporan, hari sukan, hari anugerah kecemerlangan, hari penetapan sasaran, Hari 
Mesyuarat PIBG
Penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaa
- kokurikulum
- AADK
- Kementerian Kesihatan
- Kementerian Belia dan Sukan

DEFINISI PEMBELAJARAN
1.Perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan
oleh pertumbuhan (Gagne 1970).
2.Sebarang perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi
oleh seseorang atau akibat latihan yang dijalaninya (Morgan & King 1975)

3.Proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah
laku yang kekal  (Woolfolk 1995)
4.Perubahan sistematik dalam tingkah laku atau penyusunan tingkah laku yang berlaku
hasil dari pengalaman dalam situasi yang tertentu (Bigge 1982)
5.Gagne (1974) menyatakan pembelajaran adalah:
- Perubahan pemikiran
- Perubahan kebolehan
Perubahan tingkah laku
- Berkaitan dengan minatsikap dan nilai yang dipegang dan diamalkan
- Pembelajaran memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan lebih bermakna

PRINSIP PEMBELAJARAN
Prinsip pembelajaran merujuk kepada asas-asas yang menjelaskan bagaimana
suatu proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan di bilik darjah
(Shahabuddin et al., 2006)


1.Kesediaan pembelajaran – murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal,
dan emosi sebelum belajar.

2.Pengalaman – pelajar hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ
derianya (telinga, mata, hidung, jari) bagi mendapatkan pengalaman.

3.Latihan – murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari dan dapat mengukuhkan
pengetahuan yang diterima dari guru

4.Kondusif - suasa pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani

5.Bermatlamat - pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur
dan sistematik dari senang ke susah, maujud ke abstrak dekat kepada jauh dll

6.Penglibatan aktif - pelajar perlu dilibatkan dalam proses p&p supaya pengajaran lebih
hidup, ceria dan bermakna

6.Persediaan awal - Persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan,
latar belakang murid

7.Mengkaji murid - analisis terhadap  minat, kecenderungan, bakat, keperluan

8.Unsur dorongan - Suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid.
Elakkan merendahkan keupayaan. Banyakkan pujian, sokongan, penghargaan guru.

FAKTOR MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
Kematangan fizikalberupaya dari segi kognitif, afektif dan kemahiran

Mengekalkan perhatian – beri tumpuan pengajaran guru, tumpuan mendengar,
tumpuan minat

Dorongan - penggerak untuk menimbul dan mengekalkan minat

Sosial dan persekitaran - ajar murid sedia menerima orang lain, prihatin terhadap
sekitartidak egosentriksedia terima pendapat

Pengalaman sedia - murid lebih sedia dan yakin belajar sekiranya bahan
pembelajaran berkaitan dengan pengalaman mereka

JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Menggunakan maklumat
• Melibatkan usaha mengenal rangsangan, menamakan rangsangan, mengelas
rangsangan, membina konsep,  dan membina prinsip.


Menggunakan pengalaman
• Melibatkan pembelajaran membina kebiasaan, membina kemahiran, dan menyelesaikan
masalah.

• Pembelajaran cuba jaya. 

PROSES PEMBELAJARAN

•Proses dimulakan dengan penanggapan iaitu Membentuk persepsi terhadap
rangsangan diterima pancaindera (melihat, mendengar, menghidu, merasa)
•Maklumat diproses dan disimpan sebagai pengalaman/ingatan sekiranya berguna.
Pengalaman dalam bentuk pengetahuan dan kemahiran akan dipanggil semula untuk
diguna bagi sesuatu tafsiran/menyelesaikan masalah/mencapai matlamat.
Sekiranya tidak digunakan ia akan hilang dan dilupakan.
Sekiranya pengalaman tersebut diproses selaluditokok tambah, dan diperbaharuiia
akan kekal dalam ingatan








No comments:

Post a Comment