Saturday, 8 December 2018

Bab 5 - Pengurusan Murid



PENGURUSAN REKOD MURID 
uPekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card)
uKad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning)
uKad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru)
uKad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan
uPerlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas – disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari.


KANDUNGAN KAD 001


u1978 : Kad 001
u2005 : Sistem Maklumat Murid (SMM)
uMs Access
uStand-alone dan offline
u2012 : Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
uOnline
uSharing dengan ibu bapa
uDihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS
u2015 : Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)
uModul Pengurusan Sekolah - EMIS
uModul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid
uModul Pengurusan Guru – e-operasi

PEMANSUHAN KAD OO1
uPekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M
uPemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1Januari 2017
uSemua maklumat murid disimpan dalam talian

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)


PERANAN GURU KELAS

uMengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga.
uMemastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini.
uMenyemak dan membetulkan ralat.
uMelaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT).

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH


PERANAN GURU DATA
uMembantu mengumpul, mengunci masuk data, memproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).

KEPENTINGAN REKOD MURID
1.Memantau kemajuan murid
2.Menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid.
3.Membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan,

KEPENTINGAN MAKLUMAT MURID KEPADA GURU
uMengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran
uMemerlukan bimbingan khas
uBantuan kewangan
uMenentukan aktiviti/pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.



PENGETAHUAN MENGENAI KEPERLUAN MURID
uKepelbagaian latar belakang juga menandakan wujudnya pelbagai keperluan berbeza antara setiap murid dalam bilik darjah.
uGuru perlu sentiasa peka terhadap keperluan murid. Adakah muridnya lapar, tidak cukup tidur, berasa selamat, dan cukup kasih sayang?
uPengetahuan ini membantu guru merancang & mengurus keperluan murid agar lebih bersedia mengikuti P&P.
uBagaimana guru dapat mengenal pasti keperluan murid-muridnya?
uPengetahuan mendalam mengenai teori perkembangan dan psikologi.
uPengetahuan mengenai latar belakang murid berdasarkan rekod-rekod pembelajaran, kesihatan, kehadiran dll.
uPemerhatian sistematik dalam bilik darjah dan semasa P&P
uPemantauan tingkah laku murid dalam beberapa situasi berbeza.


PERBEZAAN MURID



Perbezaan Jantina
p
uLelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza.
uPertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki.
uMasalah kesediaan belajar berpunca daripada pengaruh nilai kebudayaan terhadap jantina.
uGuru harus menyedari perbezaan jantina semasa membuat rancangan pelajaran.

Perbezaan Kadar Pertumbuhan Fizikal
uSetiap individu mempunyai corak petumbuhan unik.
uKanak-kanak dalam kumpulan umur yang sama tidak mempunyai kebolehan yang sama.
uMasalah kepada guru dalam merancang pelajaran yang dapat memberi kepuasan kepada murid.
Perbezaan Perkembangan Mental
uWalaupun berada pada peringkat umur yang sama, tetapi murid-murid mempunyai corak perkembangan mental yang  berbeza.
uWujud secara semula jadi.
uGuru menghadapi masalah melayani murid mengikut perbezaan yang wujud.
Perbezaan Minat & Kecenderungan
uMurid yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran dan sebaliknya.
uWalaupun wujud perbezaan ini, murid masih ditempatkan dalam kelas atau aliran yang sama.
uGuru menghadapi masalah dalam memilih isi kandungan, bahan, dan alat bantu mengajar.

Perbezaan Status Sosioekonomi
uPelbagai status sosioekonomi membina keyakinan diri yang berbeza.
uMurid-murid yang datang daripada latar belakang keluarga yang miskin kurang menceburkan diri secara aktif semasa proses pembelajaran.
Perbezaan Kecerdasan Individu
uKebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu. 
uSeorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. Guru tidak boleh menggolongkan murid sebagai ‘pandai’ dalam satu bidang pengajaran semata-mata.
uPerancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan kecerdasan yang wujud dalam diri individu.

KESEDIAAN BELAJAR

Kesedian Kognitif
uBerkait rapat dengan mental untuk  memahami dan juga berfikir.
uPerkembangan mental bergantung kepada umur seseorang.
Kesedian Afektif
uSikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan.
uPelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu.
Kesedian Psikomotor
uPenguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan, penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan.
uPenguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. 

MEMOTIVASIKAN PELAJAR
vTingkah laku untuk mencapai keinginan
dalam diri.
vAkan membangkitkan respond untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai pada
akhirnya.
vBantuan   daripad   guru  menyebabkan  murid   sentiasa   berusaha  bersungguh
sungguh.

vDorongan dalaman dan minat yang terdapat pada diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran
vBerkaitan dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam proses pembelajaran
vDikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)
     cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu
vDiwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran.
     cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik

Teknik Ekstrinsik
uDiwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan murid untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.

CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI MURID DALAM P&P
uMemahami objektif pembelajaran
uMelibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
uBerinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
uPembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid
uMasa untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi
uMendapat pengalaman kejayaan
uMenerima maklum balas yang tepat dan realistik

Memahami objektif pembelajaran
uMurid lebih terdorong untuk melibatkan diri dalam P&P sekiranya mereka jelas tentang tujuan sesuatu aktiviti dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut.
uPengetahuan ini membantu mereka untuk lebih bersedia menghadapi sesi P&P dan menghubung kait pembelajaran yang akan dilalui dengan pembelajaran lepas.
uPencapaian objektif pembelajaran pada akhir kelas juga memberikan rasa kepuasan dan kejayaan (sense of achievement) kepada murid.
Penglibatan aktif dalam P&P
uMurid secara aktif membina pengetahuannya sendiri mengenai sesuatu topik pembelajaran, berpandukan objektif pembelajaran.
uPembelajaran lebih berpusatkan murid dan guru berperanan sebagai fasilitator.
uMurid “dicabar” untuk membina pengetahuan baharu berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka yang bersumberkan pengalaman seharian dan pengalaman pembelajaran lepas.
uMengurangkan kebosanan murid.
uMemberi peluang kepada murid untuk bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri
Berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya
uInteraksi dan pertukaran idea melatih murid untuk menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya, dan membina pengetahuan baharu.
Pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan harian dan minat murid
uTopik pembelajaran yang berkait rapat dengan pengalaman murid membolehkan mereka menggambarkan dan memahami pembelajaran dengan lebih jelas.
uMurid dapat melihat cara untuk mengaplikasikan perkara yang baru dipelajari dalam kehidupan seharian mereka.
Masa untuk menyiapkan tugasan dan berinteraksi
uMurid perlu diberikan masa yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan.
uMurid perlu tahu mengenai had masa dan berusaha ke arah menyiapkan tugasan.
Pengalaman kejayaan
uAktiviti dan tugasan yang dibentuk dengan mengambil kira kesediaan dan pengetahuan sedia ada memberikan peluang kepada murid untuk merasai kejayaan.
uDapat membantu meningkatkan self-esteem murid dan memberikan keyakinan mengenai kemampuannya dalam proses pembelajaran.
Makluma balas yang jelas dan realistik
uPenilaian yang tepat dan jelas boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.
uMaklum balas yang diberikan haruslah jelas, spesifik, dan sejurus selepas aktiviti dilakukan.
uGuru juga perlu memberikan tumpuan dan nilai kepada usaha murid dalam menyiapkan tugasan dan bukan hanya menekankan hasil akhir tugasan.

No comments:

Post a Comment