Saturday, 8 December 2018

Bab 6 - Pengurusan Bilik Darjah




Bilik darjah
´Tempat yang kompleks dan sibuk, serta mempunyai ciri-ciri yang khusus, yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah tersebut (Doyle, 1986).
´Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran.


Pengurusan bilik darjah
´Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaran, susunan fizikal, dan keadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986).
´Pengurusan bilik darjah: proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid.
´Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas.
´Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran.
´Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah.
´Tujuan dimensi penyampaian ilmu = mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) (Contoh: teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dll).
´Tujuan pengurusan bilik darjah = membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu (Contoh: memberi ganjaran, memupuk hubungan).

Pengurusan bilik darjah yang berkesan
´Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai
´Membentuk suasana pembelajaran yang positif
´Menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid
´Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum
´Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P
´Mengurangkan masalah disiplin
´Pengurusan rutin yang berkesan
´Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah



´Membenarkan guru memantau dengan mudah & cepat
´Kedudukan guru berhampiran murid
´Pemandangan murid jelas dan tidak terhalang
´Ruang pergerakan yang selesa
´Akses mudah kepada sumber pembelajaran
´Penggunaan ruang pada dinding
´Wujud ruang untuk aktiviti-aktiviti tertentu
´Beri perhatian kepada pencahayaan, pengudaraan, dan perabot
´Kebersihan
´Susunan kerusi meja murid yang fleksibel
´Tradisional
´Kumpulan kecil
´Seminar

Pengurusan psikososial dalam bilik darjah
´Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya
´Faktor yang mempengaruhi psikososial bilik darjah:
´Pendekatan pengajaran
´Gaya kepimpinan guru

´Bentuk komunikasi dan interaksi dalam bilik darjah

Pengurusan persekitaran psikososial dalam bilik darjah

´Suasana demokratik dalam bilik darjah
´Guru sebagai pendidik & fasilitator
´Menimbulkan persekitaran saling mempercayai & menghormati
´Percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk berjaya
´Menunjukkan contoh teladan yang baik
´Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat & seronok
´Menunjukkan rasa cinta & semangat untuk mendidik
´Menyemai semangat kekitaan
´Mengamalkan komunikasi berkesan

Pengurusan pembelajaran


Aktiviti pengajaran berkumpulan
´Kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar menjalankan  aktiviti dalam kumpulan.

´Pengelompokan murid dibuat berdasarkan peringkat kebolehan atau minat.

Tujuan pengajaran berkumpulan
´Memudahkan guru membimbing murid.
´Menggalakkan penglibatan aktif individu.
´Memupuk kerjasama antara murid.
´Memupuk rasa tanggungjawab.
´Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah.
´Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan.

Bentuk pengajaran berkumpulan


Kumpulan mengikut kebolehan:
Terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan.
´Cara mengelompokkan pelajar: Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti P&P dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut kebolehan mereka.
Dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana atau lemah.
Memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. 

Kumpulan mengikut minat:
´Berdasarkan keseragaman minat atau bakat murid.
´Misalnya dalam mata pelajaran Muzik.
´Bersifat kekal atau sementara berdasarkan kepada aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid.

Pengajaran Individu
´Setiap murid memiliki perbezaan dari segi kecerdasan, kebolehan, bakat, cita-cita dan minat.
´Setiap murid berhak untuk mendapatkan peluang perkembangan kecenderungan mereka secara menyeluruh

Pengajaran dan pembelajaran individu
Murid akan menguasai kemahiran mengikut kebolehan mereka.
Guru harus memerhati dan mengetahui perbezaan ini. Ia dapat dikesan melalui kemahiran bertutur, membaca, menulis, mengira, menyelesaikan masalah, melukis dan menggunakan peralatan dan bahan.
Pada amnya, murid mengalami proses pembelajaran secara individu walaupun ketika di dalam kelas sama ada secara formal atau tidak formal.


Objektif pengajaran dan pembelajaran individu

Murid dapat menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira mengikut kebolehan masing-masing
Murid mendapat panduan secara langsung daripada guru atau rakan sebaya
Murid dapat memperkembang kemahiran berfikir dan bertindak dengan sendiri
Meningkatkan keyakinan diri dan mempunyai motivasi untuk belajar

Panduan merancang & mengurus pembelajaran
´Mengenal pasti sukatan pelajaran tertentu yang sesuai dijalankan.
´Mengenal pasti aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan.
´Memilih dan mengumpul alat dan bahan pengajaran.
  - Bahan cetak
  - Bahan tayang
  - Bahan audio
  - Bahan tiga dimensi

Apakah bahan pengajaran?
´Apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran
´Dikenali sebagai media pendidikan :- 
-perkakasan  -bahan atau perisian
´Digunakan sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih bermakna

Mengapakah perlu bahan?
Membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar
Membantu murid memahami apa yang diajar
Contoh:-
- penjelasan makna atau konsep
- sumber pengalaman
- mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran

Jenis bahan dan penghasilannya
Terbahagi kepada dua iaitu:-
- bahan hidup
- bahan bukan hidup
Bahan hidup- manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan
Bahan bukan hidup- elektronik (audio dan visual), bukan elektronik- (bahan cetak, bukan cetak), bahan-bahan 3 dimensi (semulajadi dan buatan manusia)


Perancangan bahan
´Perkara yang diutamakan dalam merancang penggunaan sesuatu bahan:-
    - jenis dan bentuk bahan
    - cara bahan digunakan

    - kemudahan mendapatkan bahan

Pentaksiran



Pentaksiran bilik darjah (PBD)

´Pentaksiran berterusan dalam sesi P&P bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan, dan pencapaian murid.
´PBD berlaku secara formatif dan sumatif
´PBD tidak membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, TETAPI bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.


Kepentingan (PBD)

´Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
´Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
´Mengetahui keberkesanan pengajaran
´Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
´Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta



No comments:

Post a Comment