BILIK PEMBELAJARAN
*Umumnya, bilik darjah ialah tempat berlakunya
proses PdP
yang melibatkan pelajar
dan guru.
*Khususnya ia merujuk kepada sebuah bilik tempat berlakunya
proses PdP di
sekolah.
*Biasanya mempunyai perabot seperti kerusi meja
(guru dan pelajar), almari, papan kenyataan,
dan papan hitam/putih.
*Bagi mata pelajaran tertentu, perabot
dan alatan disediakan bersesuaian dengan mata pelajaran berkenaan.
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
*Bilik
darjah tradisi
*Bilik
darjah terbuka
*Bilik
darjah bercantum
*Bilik
darjah pra sekolah
*Bilik
darjah Pembelajaran Abad ke 21
*Bilik
darjah multimedia
*Bilik
darjah mata pelajaran khas
BILIK DARJAH TRADISI
*Kerusi
dan meja disusun baris
demi baris.
*Sesuai untuk aktiviti PdP berbentuk seluruh kelas
dan berpusatkan
guru.
*Murid-murid
yang mempunyai tubuh
badan kecil/kurang aktif/ pendengaran
yang kurang, biasanya ditempatkan di
barisan hadapan.
*Aktiviti melibatkan
murid dalam
proses PdP jarang digunakan menyebabkan
murid pasif semasa mendengar pengajaran
guru.
BILIK DARJAH TERBUKA
*Aktiviti PdP biasanya dijalankan secara berkumpulan/individu di
beberapa tempat di
bilik darjah secara serentak.
*Tiada kurikulum ditetapkan
dan kebebasan diberikan kepada
murid untuk memilih, merancang,
dan melaksanakan aktiviti pembelajaran diminati.
*Ujian, peperiksaan,
dan pemberian markah tidak diutamakan, malah dikurangkan kepada peringkat
minimum.
*Murid-murid
bebas untuk memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.
BILIK DARJAH BERCANTUM
*Umur
murid-murid dalam sesebuah kelas bercantum adalah berlainan, mengikut tahun persekolahan mereka.
*Bilangan
murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14
orang.
*Semasa
guru mengajar
murid dalam satu tahun persekolahan,
murid-murid dari tahun persekolahan
yang lain akan ditinggalkan untuk menjalankan aktiviti pembelajaran sendiri.
*Biasanya melibatkan sekolah-sekolah di
kawasan terpencil/pedalaman dengan bilangan penduduk
yang tidak ramai.
BILIK DARJAH PRASEKOLAH
*Kanak-kanak dalam lingkungan
4-6 tahun.
*Tempat melatih kanak-kanak dalam pendidikan asas secara
informal.
*Kebanyakan aktiviti pembelajaraan melibatkan permainan.
*Dinding dihiasi dengan gambar/carta/kad berwarna warni.
BILIK DARJAH MULTIMEDIA
*Dilengkapi dengan komputer untuk aktiviti PdP.
*Pelajar digalakkan memperoleh maklumat melalui
internet.
*Strategi PdP adalah berpusatkan pelajar
dan bahan.
*Guru
berperanan sebagai fasilitator.
*Interaksi pelajar dengan komputer adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.
BILIK DARJAH MATA PELAJARAN KHAS
*Menjalankan
aktiviti seperti amali/projek tertentu.
*Bilik
darjah dilengkapi dengan alatan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
amali/projek (misalnya sinki,
paip air, dll).
*Meja-kerusi
disusun mengikut kumpulan.
CARTA ORGANISASI PENGURUSAN BILIK KHAS MATA PELAJARAN
STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH
SAIZ BILIK DARJAH
*Saiz bilik darjah penting
kerana ia menjamin keselesaan
murid.
*Ukuran bilik darjah untuk 40
orang murid =
7m x 9
m.
*Mempunyai ruang
yang cukup untuk bergerak
dan menjalankan aktiviti.
SUSUNAN BILIK DARJAH
*Susunan bilik darjah mempengaruhi faktor psikososial murid dan
gaya pengajaran guru.
*Seharusnya memberi kemudahan kepada
murid menjalankan aktiviti pembelajaran berpusatkan
murid dan aktiviti kumpulan.
PERALATAN
*Kerusi
dan meja
murid (mesti sesuai dengan keadaan fizikal
murid)
*Kerusi
dan meja
guru
*Papan hitam/putih
*Papan kenyataan (Jadual waktu, jadual bertugas,
carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan
dan rujukan)
*Rak buku
*Bahan pengajaran
dan pembelajaran
PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN
*Mempunyai tingkap
dan pintu
yang mencukupi.
*Tingkap
dan pintu dibuka untuk membolehkan udara masuk.
*Bilik darjah
yang gelap
dan tidak cukup terang akan menjejaskan penglihatan
murid.
*Situasi ini menyebabkan
murid mudah berasa letih
dan mengantuk.
CIRI KESELAMATAN
*Ruang
kerja selesa – susun atur perabot
*Ruang
kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
*Cahaya
dan pengudaraan yang cukup
*Tempat
pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
*Sudut
pameran/hasil kerja murid
*Stor
(bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
*Papan
tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
BILIK PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK 21)
*Kerusi
dan meja disusun mengikut kumpulan.
*Murid-murid
dibahagikan kepada beberapa bentuk kumpulan mengikut tahap kebolehan.
*Menggalakkan
interaksi antara guru-murid dan murid-murid.
*Aktiviti
murid dapat dilaksanakan dalam keadaan aktif.
*Murid
dibenarkan bergerak dan berbincang dengan guru atau rakan-rakan.
No comments:
Post a Comment